Pages

Subscribe

Sunday 7 August 2011

Sharing is Caring: cara untuk mengetahui muka surat setiap juzuk al-Quran

cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap hu...ruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Saturday 6 August 2011

Lawak..doraemon versi Klate...


Friday 5 August 2011

Masak2: Puding Gula Hangus,,

Assalamualaikum semua dan selamat malam...
Semoga semua dlm rahmat Allah selalu..malam ni ada nak kongsiakn sedikit masakan iaitu PUDING GULA HANGUS...haa masti dah ramai yg buat dan yg penah mkn kan..xpe..mgkin kita punya resepi lain2...yg pasti menjadi dan sedap dimakan...hehe...ni saja2 buat..testing b4 raya..hehe..bahan2nya sgt senang iaitu:

(BAHAN A)

8 biji telur ayam
1 tin susu pekat manis (yg pekat berkrim gtu)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan air

(semua BAHAN A diblender..blender?haha..xpayah pakai pemukul2 segala..blender ag senang, ni pun sbb umah akak ni xda blender..baru pindah katakan)

sebelum buat bhn B, mesti pnskan air periuk kukus tlebih dahulu

BAHAN B
3 sudu besar gula..gorengkan dlm loyang sehingga keperangan dan cair..kemudian letakkan loyang dlm periuk kkus td..msukkan BAHAN A kedalam loyang tersebut...kukus sehingga 45 - 55 minit..

selepas itu SIAP...

tetapi bentu seperti ini xkekal lama..huhu..akhirnya puding tsebit bpecah belah kena kerat 14 ng anak sedara..hancur pudingku..hahaha...

Monday 1 August 2011

~MuHaSaBaH JiWaKu~

Termenung aku mengimbau masa lalu,
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.

Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.

Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.

Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.

Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu.